Jumaat, 18 Januari 2013

MEMARTABATKAN SEJARAH DI NEGERI SEMBILAN

Surat Terbuka Kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Posted on January 19, 2013 by anakrembau
Kepada
Yang Berhormat Dato’ Mat Ali bin Hasan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Pejabat Setiausaha Negeri Sembilan
Tkt 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Dato’,


MEMARTABATKAN SEJARAH DI NEGERI SEMBILAN



Terlebih dahulu saya mendoakan semoga YB Dato’ berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati ALLAH swt hendaknya.


Saya mohon maaf sekiranya surat ini mengganggu YB Dato’. Saya telah beberapa kali menghantar emel kepada YB Dato’ bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara. Agak malang saya tidak pernah menerima sebarang jawapan daripada pihak YB Dato’. Keadaan ini berbeza ketika YB Dato’ Norzam menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, saya menerima emel balasan beliau walaupun hanya sebaris ayat “Dalam perhatian pihak kami“. Begitu juga, mantan Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan sempat membalas emel yang dihantar kepada beliau. Apa jua keadaan, saya beranggapan mungkin YB Dato’ terlalu sibuk sehingga tidak sempat membalas emel saya.


YB Dato’,


Tujuan saya menghantar surat ini adalah berkenaan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Saya sedia maklum bahawa YB Dato’ merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah LMNS. Saya mempunyai beberapa persoalan yang hanya boleh dijawab oleh YB Dato’ selaku Pengerusi LMNS. Sejak LMNS ditubuhkan pada tahun 1993, berdasarkan Akta Muzium 1956, Pindaan 1992 yang berkuatkuasa 17hb Disember 1992, LMNS tidak menunjukkan sebarang peningkatan di dalam semua aspek sama ada aspek pemuziuman mahupun arkeologi. Semakin hari Muzium Negeri Sembilan semakin sunyi dan semakin jauh daripada pandangan mata pelancong ke Negeri Sembilan. Dimanakah silapnya? Adakah perkara-perkara di bawah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan LMNS tidak begitu gah sebagaimana di awal penubuhannya?

1. Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Sistem Pengurusan Kewangan LMNS yang tidak menepati pekeliling yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Negara seperti pembayaran kontraktor. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya, LMNS sering lewat membuat pembayaran kepada kontraktor malah memotong jumlah yang perlu dibayar kepada kontraktor tanpa sebarang alasan. Adalah jelas bahawa pengurusan LMNS telah melanggar pekeliling Kementerian Kewangan iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009, “Peringatan Mengenai Pembayaran Bil dalam Tempoh 14 hari (Rujukan : BPKS/KK/BP(8.15)248-15 JD 20 () bertarikh 6hb Februari 2009) dan surat Pejabat Kewangan Negeri iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009 Pengurusan Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59 (Rujukan : P.Kw.N/N.S. (349)600/2 Klt.3(8) bertarikh 16hb Oktober 2009). Apakah tindakan pihak YB Dato’ bagi mengatasi masalah tuntutan kontraktor yang menjadi duri bagi LMNS?
Saya ingin mengetahui bagaimana kaedah tuntutan yang dilakukan oleh pengurusan LMNS. Saya dapati terdapat salahlaku di dalam tuntutan elaun segelintir kakitangan muzium. Salahguna kuasa ini telah tersebar luas di kalangan kakitangan awam di Negeri Sembilan. Ia bukan satu rahsia bagi mana-mana pihak. Malah, ada desas desus bahawa pihak SPRM telah menjalankan siasatan terhadap salah seorang kakitangan LMNS atas dasar membuat tuntutan palsu ketika menerima pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Tuanku pada tahun 2011. Jika benar SPRM telah menjalankan siasatan terhadap pegawai berkenaan, apakah status kes tersebut? Adakah sebarang tindakan telah diambil? Adakah terdapat cubaan untuk menutup kes? Atau ada arahan agar tidak memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM bagi memastikan rekod perkhidmatan pihak tertentu tidak tercemar?
2. Pengurusan Inventori Artifak

Sistem pengurusan dan inventori artifak lemah dan tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan pihak yang berminat untuk menyerahkan manuskrip ataupun bahan kepada LMNS tidak berani menyerahkannya. YB Dato’ boleh melihat perkara ini dengan jelas bagaimana LMNS menjaga artifak. Sebagai contoh, di Muzium Lama Diraja Seri Menanti terdapat mesin x-ray yang yang pertama di Tanah Melayu. Ia terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan.
Saya pernah melihat bagaimana perjanjian asal yang ditandatangani oleh YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Haji Sahil bersama-sama Lembaga Nan Dua Belas Luak Rembau disimpan tanpa pengawasan. Ia hanya diletak di dalam almari fail dan dilipat begitu sahaja tanpa penjagaan.
Isu inventori ini bertambah teruk apabila sistem penglupusan artifak tidak jelas. Banyak gambar-gambar bersejarah dan artifak telah dilupus tanpa pengawasan. Ketiadaan sistem penglupusan yang sistematik, pihak LMNS telah disaman RM180,000.00. Kes ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku. Adakah wang kerajaan perlu dibazirkan hanya disebabkan kecuaian seorang pentadbir sesebuah organisasi?
Kesemuanya berlaku disebabkan oleh tiada satu sistem. Bagaimana pihak LMNS memastikan keselamatan bahan pameran yang dipamerkan. Adakah tidak satu sistem kawalan keselamatan seperti sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera. Saya benar-benar tidak faham bagaimana sebuah organisasi yang menyimpan bahan bersejarah tidak mempunyai sistem kawalan keselamatan.
Begitu juga dengan sistem penggera kebakaran. Berdasarkan pemerhatian saya, semua muzium di bawah penjagaan LMNS tidak mempunyai sistem penggera kebakaran. Adalah malang sekiranya berlaku kebakaran maka musnahlah semua bahan yang terdapat di dalam muzium.
Ketiadaan sistem inventori menyebabkan banyak artifak hilang dan terbiar. Lebih 10 tahun menjawat sebagai Pengarah, apakah tindakan yang diambil oleh Pengarah bagi memastikan tiada artifak yang hilang ataupun rosak.
Semalam kita telah dikejutkan dengan berita kehilangan buaya putih yang dipamerkan di Pameran Buaya di Muzium Diraja Seri Menanti. Pameran ini diadakan sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Berita kehilangan ini disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 18hb Januari 2013. Lampiran 1
Saya masih tertanya-tanya kenapa LMNS tidak belajar daripada kesilapan sejak isu artifak milik Pendeta Za’ba disiarkan oleh Berita Minggu pada tahun 2011 yang lalu. Lampiran 2.
Kenapa sistem kamera litar tertutup yang dipasang di Muzium Diraja Seri Menanti tidak berfungsi? Adakah ia sebahagian daripada bahan pameran di Muzum Diraja Seri Menanti?
Saya tidak menyalahkan mana-mana kakitangan LMNS kerana arah tuju yang ingin dibawa oleh Pengarah LMNS tidak jelas dan sering berubah. Sebagai seorang Pengarah, beliau harus mempunyai visi dan misi untuk menyelamatkan artifak yang diserahkan kepada pihak LMNS. Adakah beliau beranggapan barangan tersebut bukan milik dia maka tidak perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
Kini telah tiba masanya Pengarah LMNS bertanggungjawab penuh di atas setiap perkara yang berlaku di LMNS. Bukan sekadar menyalahkan kakitangan LMNS. Tanggungjawab ini juga harus dipikul bersama oleh ALP LMNS kerana tidak memastikan pengurusan LMNS dijalankan dengan teratur dan mengikut Standard Operating Procedure kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
3. Pengurusan Aktiviti dan Promosi

Pengarah LMNS merupakan satu-satunya pengarah di Negeri Sembilan yang memegang jawatan Pengarah lebih 10 tahun. Mungkin keberadaan beliau terlalu lama sebagai Pengarah LMNS menyebabkan tiada idea-idea baru yang boleh memajukan LMNS. Ia boleh dilihat dengan jelas di dalam penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih di mana saban tahun semakin kurang pengunjung yang menyaksikannya. Semakin hilang sengatnya. Seharusnya rombakan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi membolehkan idea-idea baru dapat diimplementasikan. Adakah Pengarah LMNS merasakan beliau begitu selesa dengan kedudukan beliau sebagai Pengarah sehingga hilang kemampuan untuk menaiktaraf dan memajukan LMNS?
Tiada aktiviti pameran yang sepanjang tahun dirancang oleh Pengarah LMNS. Sepanjang tahun 2012, tiada pameran yang betul-betul dapat menarik pengunjung datang ke Muzium Negeri Sembilan. Ini boleh dilihat oleh sesiapapun dengan hanya berada di Istana Ampang Tinggi pada setiap hari Sabtu, Ahad, cuti umum ataupun cuti sekolah. Keadaan ini berbeza dengan mana-mana muzium di Malaysia di mana setiap muzium telah mempunyai perancangan aktiviti sepanjang tahun sama ada pameran, seminar dan bual bicara.
Tiada hasil kajian yang dipasarkan atau dikomersialkan. Saban tahun pada Pesta Persukuan Adat Perpatih, LMNS akan menerbitkan dan melancarkan buku mengenai sejarah dan adat Negeri Sembilan. Agak pelik, buku tersebut tidak dijual kepada orang ramai dengan alasan yang tidak jelas. Jika dijual, ia akan dijual dengan harga yang tidak munasabah. Tiada perancangan di dalam usaha untuk menerbit buku.
Tiada kaedah pendokumentasian yang terancang. Banyak persoalan-persoalan mengenai adat dan warisan Negeri Sembilan tidak dikendalikan dengan baik oleh LMNS. Sebagai contoh, isu salah faham seorang penceramah terkenal mengenai tanah pusaka dan tanah adat di Negeri Sembilan sehingga kini masih belum dijawab oleh mana-mana pihak di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku, semuanya bertindak menggunakan emosi dan bercakap seolah-olah tidak ada yang lebih hebat daripada mereka. Apakah tindakan LMNS menjawap persoalan mengenai Adat Perpatih? Adakah cukup dengan membuat seminar dengan jemputan yang tertutup?
Pihak LMNS dan Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa siri seminar tanah adat sejak dari tahun 1992 sehingga sekarang. Tidak kurang daripada 10 resolusi telah dihasilkan. Untuk pengetahuan YB Dato’, pada tahun 2011, LMNS telah menganjurkan bengkel tanah adat yang dihadiri oleh pembesar adat, wakil PTGNS, wakil Pejabat Daerah dan wakil-wakil jabatan kerajaan sebanyak 2 siri. Di dalam kedua-dua bengkel ini, beberapa resolusi telah dicadangkan di dalam usaha penambahbaikan pengurusan tanah adat di Negeri Sembilan untuk tindakan pihak YB Dato’. Saya pernah bertanya status resolusi ini ketika mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Razi Kail. Pengarah memaklumkan bahawa resolusi tersebut telah dihantar kepada pihak YB Dato’. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui apakah usaha yang telah dilakukan atau tindakan yang telah diambil terhadap resolusi tersebut.
Tiada promosi yang agresif dan terancang di dalam aktiviti anjuran LMNS. Tidak dinafikan LMNS mempunyai laman sesawang dan Facebook. Sesiapa yang melihat pastikan akan tertanya-tanya apakah maklumat mengenai sejarah, adat atau warisan yang boleh dijadikan rujukan di dalam Facebook LMNS. Bandingkan dengan muzium-muzium lain seperti Muzium Negara, Muzium Terengganu dan Muzium Singapura di mana penuh dengan maklumat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka.
4. Berintegriti dan Bertanggungjawab

Isu integriti merupakan salah satu isu yang berlaku di dalam pengurusan LMNS. Ramai pihak yang tidak lagi mempercayai atau mengamanahkan LMNS untuk menjalankan tugasan. Masalah integriti bermula daripada penyerahan artifak, penjagaan artifak, pemuliharaan kawasan di mana sikap tidak jujur dan tidak telus ketika berurusan dengan orang ramai.
Kehilangan bahan pameran di dalam jagaan LMNS jelas menunjukkan bahawa tiada integriti dan sikap bertanggungjawab Pengarah LMNS dalam memastikan semua bahan pameran selamat. Sedikita sebanyak ia merosakkan nama baik LMNS, khususnya dan kerajaan negeri, umumnya.


YB Dato’,

Mungkin ada yang beranggapan saya mempunyai masalah peribadi dengan Pengarah LMNS. Terus terang saya katakan saya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi. Saya tidak pernah memohon mana-mana tender atau projek di bawah LMNS. Apa yang saya lakukan adalah di atas dasar semangat saya mencintai adat dan warisan saya. Salah guna kuasa dan tiada intergriti menyebabkan adat dan warisan negeri saya musnah tanpa disedari. Saya berharap YB Dato’ tidak lupa teguran YAB Menteri Besar terhadap pengurusan LMNS terutamanya Pengarah LMNS ketika Perhimpunan Bulanan SUKNS bulan Mac 2012 yang lalu. Teguran YAB Menteri Besar disiarkan secara langsung oleh Negeri FM di mana ia didengari oleh rakyat Negeri Sembilan.

Sebagai jalan penyelesaian yang dihadapi oleh LMNS, saya mempunyai cadangan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan LMNS iaitu :-



1. Pengstrukturan semula pengurusan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Telah tiba masanya LMNS ditadbir oleh PTD (M48) sebagai Pengarah LMNS di mana beliau menguruskan pentadbiran dan kewangan LMNS. Manakala Pengarah sedia ada diletakkan sebagai Kurator Kanan (S44) yang bertanggungjawab di dalam bidang pemuziuman dan konservasi. Manakala Kurator (s41) diletakkan di bawah pentadbiran Kurator Kanan. Saya berharap YB Dato’ dapat meluangkan waktu untuk melawat semua muzium pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kedatangan YB Dato’ terlebih dahulu. Lihat bagaimana keadaan setiap muzium. Lawatan YB Dato’ bukan ingin mencari salah sesiapa tetapi untuk mencari cara bagaimana penambahbaikan boleh dilakukan. Insya Allah, saya yakin dengan pengalaman YB Dato’, pengurusan LMNS akan bertambah baik.

2. Perkukuhkan Unit Adat Perpatih
Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan Adat perpatih, Unit Adat Perpatih perlu diperkukuhkan. Unit ini perlu berdiri sendiri sama ada sebagai yayasan, lembaga atau diperbadankan seperti IKSEP, Yayasan Warisan Johor, PADAT dan ISMMA. Buat masa sekarang unit ini tidak boleh bertindak dengan bebas kerana ia terletak di bawah pengurusan LMNS. Adalah tidak wajar sebagai sebuah unit yang menumpukan kepada adat dan warisan diletakkan di bawah pentadbiran muzium. Ini menyebabkan pentadbiran LMNS menjadi kelam kabut kerana terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan. LMNS harus menumpukan ‘core business’ sebagai muzium. Negeri Sembilan perlu mempunyai satu agensi yang menyeliakan tadbir adat dan warisan Negeri Sembilan bagi tujuan dokumentasi dan menjana ekonomi.


3. Wujudkan satu modul khas berkaitan Adat Perpatih.
Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu modul khas untuk kakitangan awam di Negeri Sembilan terutamanya dari segi adat, budaya dan sistem pentadbiran tanah. Negeri Sembilan adalah unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana sistem pentadbiran adat dan pentadbiran negeri berjalan seiring. Modul ini boleh dibentangkan ketika kursus induksi umum pegawai dan kakitangan baru. Modul ini boleh memberi kefahaman asas kepada semua kakitangan awam di Negeri Sembilan terutamanya yang berkhidmat di daerah. Modul ini amat wajar kerana bukan semua kakitangan awam terutamanya PTD merupakan anak tempatan. Malah anak Negeri Sembilan ada yang tidak memahami sistem sosial masyarakat Negeri Sembilan. Modul ini bukanlah satu perkara yang mustahil kerana ia telah dilakukan oleh YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Abdullah Dahan dan Dato’ Adnan Maah. Pada zaman pemerintahan YTM Dato’ Abdullah Dahan, semua pegawai sama ada Inggeris atau Melayu akan ditemuduga bagi mengetahui sejauhmanakah pemahaman mereka mengenai sistem sosial masyarakat Rembau pada ketika itu. Perkara ini juga berlaku ketika pemerintahan YTM Dato’ Adnan Maah, pegawai-pegawai yang baru berkhidmat di Rembau akan ditanya mengenai adat dan masyarakat di Rembau. Sekiranya ada yang tidak memahaminya YTM Undang Luak mengambil inisiatif memberi maklumat dan memastikan pegawai-pegawai tersebut benar-benar faham. Pemahaman mengenai Adat Perpatih dan sistem sosial masyarakat Negeri Sembilan akan membantu kakitangan awam di Negeri Sembilan beurusan dengan orang ramai terutamanya urusan tanah. Secara tidak langsung apa jua dasar kerajaan dapat disalurkan dengan baik dan teratur. Selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.


4. Penambahbaikan Akta Muzium 1956 Pindaan 1992
Penubuhan Lembaga Muzium Negeri Sembilan adalah berdasarkan kepada Akta Muzium 1956 Pindaan 1992 berkuatkuasa 17hb Disember 1992. Akta ini terlalu ringkas dan tidak menyatakan apakah fungsi LMNS secara terperinci. Akta ini perlu diperbaharui dan satu enakmen atau akta baru berkaitan pemuliharaan perlu diwujudkan bagi memastikan warisan Negeri Sembilan dapat dipulihara dengan baik. Jika dibandingkan dengan Melaka, negeri yang berjiran dengan Negeri Sembilan mempunyai enakmen yang cukup jelas dan terperinci bagaimana penjagaan dan pemuliharaan warisan dan monumen yang terdapat di seluruh Melaka. Saya berharap YB Dato’ selaku Pengerusi ALP dapat mencadangkan atau menyediakan kertas cadangan agar satu akta atau enakmen baru boleh diwujudkan. Saya amat memahami untuk melaksanakan atau mewujudkan sesuatu akta mengambil masa yang lama dan perlu kajian terperinci. Apa jua keadaan, sekurang-kurangnya ada satu inisiatif kerajaan negeri memastikan warisan dan monumen Negeri Sembilan dijaga. Ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah terhadap keunikan yang ada di Negeri Sembilan agar dapat menarik minat pelancong datang ke Negeri Sembilan. Ketiadaan enakmen pemuliharaan menjadikan LMNS bahan lelucon apabila Pengarah LMNS membicarakan mengenai usaha memulihara rumah lama dan monumen yang terdapat di Negeri Sembilan. Saya berharap YB Dato’ benar-benar serius di dalam usaha memastikan adat dan warisan kekal buat generasi yang datang.


5. Return of Investment
Di dalam pengurusan organisasi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta, setiap aktiviti yang dirancang, perlu ada satu kajian mengenai Return of Investment dijalankan. Ia bertujuan memastikan objektif aktiviti tercapai di mana penganjuran bukan sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Di samping itu, ia mengelakkan pembaziran dari segi tenaga kerja, kewangan dan masa. Oleh yang demikian, program atau aktiviti sepanjang tahun perlu disenaraikan. Setiap aktiviti perlu dikaji agar ia menepati dan selari dengan agenda kerajaan persekutuan dan negeri. Kegagalan menyediakan Return of Investment menyebabkan tiada satu mekanisma untuk menentukan keberkesanan program yang dianjurkan. LMNS seharusnya menyediakan apa perancangan yang hendak dilakukan sepanjang tahun 2013 agar tenaga kerja yang dioptimakan, kewangan tidak disalahgunakan dan promosi boleh dijalankan dengan terancang.


6. Promosi
Apabila program sepanjang tahun telah disediakan, promosi perlu dijalankan secara agresif bagi memastikan maklumat tersebar dengan luas. Promosi yang tidak sekata menyebabkan ada muzium yang tidak mendapatkan pendedahan. Bagi mengatasi masalah ini, LMNS perlu menyediakan seorang Pegawai Perhubungan Awam yang benar-benar mahir dan mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan. Pegawai ini harus memahami sejarah dan adat budaya masyarakat di Negeri Sembilan di samping mempunyai hubungan baik dengan media perdana dan juga blogger. Beliau juga perlu memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh LMNS akan dipaparkan di dalam Facebook dan juga laman sesawang LMNS. Bagi memastikan keberkesanan kewujudan Pegawai Perhubungan Awam, individu yang dilantik perlulah seorang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berpengetahuan, beretika, berhemah dan bukannya dilantik dari kalangan Pekerja Rendah Awam dan Pekerja Awam Rendah. Sebagai PRO, penampilan, budi bahasa dan integriti merupakan kunci kejayaan sesuatu agensi.


LMNS harus menggunakan semaksima yang mungkin media baru seperti facebook, laman sesawang, twitter, you tube, dvd dan lain-lain media sosial bagi mempromosikan aktiviti, institusi adat, institusi diraja, sejarah dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Secara tidak langsung, ia boleh merungkaikan salah faham masyarakat terhadap Adat Perpatih di Negeri Sembilan.


7. Penjanaan Ekonomi
Selaras dengan penyediaan Return of Investment, apa jua aktiviti yang dijalankan boleh menjana ekonomi kepada Kerajaan Negeri sama ada pelancong, penyelidikan dan pelaburan syarikat luar. Penganjuran aktiviti yang bermutu tinggi menarik minat orang luar datang ke Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, setiap kajian yang dijalankan oleh LMNS perlu dikomersialkan walaupun hanya buku poket setebal 20 muka surat.


YB Dato’,


Sekali lagi saya memohon kemaafan sekiranya surat ini mengambil masa kesibukan YB Dato’. Saya ingin tegaskan sekelian kalinya, saya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Pengarah LMNS. Apa yang saya lakukan hanyalah kerana sayang saya, cinta saya dan minat saya di dalam usaha memastikan adat dan warisan saya kekal untuk tatapan anak cucu saya. Saya tidak pernah kecewa apabila nama saya diketepikan oleh Pengarah LMNS di dalam apa jua aktiviti anjuran LMNS. Tindakan kebudak-budakan Pengarah menganggap sesiapa yang keluar minum dengan saya sebagai penentang dan talibarut membocorkan rahsia LMNS. Sehinggakan kedatangan saya ke LMNS amat dicurigai. Paling melucukan mana-mana kakitangan LMNS yang ingin menjalankan kajian dan saya merupakan sumber primer, kajian tersebut akan ditolak tanpa sebarang alasan. Saya ingin ulangi bahawa saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk mencari salah sesiapa di dalam LMNS. Kedatangan saya ke LMNS sekadar untuk berbincang dan bertukar pandangan dengan rakan-rakan apabila saya mendapat maklumat baru mengenai sejarah Negeri Sembilan. Manakala permalasahan LMNS yang saya nyatakan hanyalah isu-isu pokok yang telah sedia maklum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya di samping perbincangan bersama rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan LMNS. Saya telah melibatkan diri saya dengan LMNS sejak Pesta Persukuan Adat Perpatih yang pertama maka saya memahami dan mengetahui apa jua isu yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS begitu fobia dengan nama saya sehinggakan beliau tidak mahu mendengar nama saya disebut di hadapan beliau.


Persoalan yang saya kemukakan merupakan persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan kepada Pengarah LMNS. Malangnya, beliau seorang yang ego dan tiada pendirian. Apa jua perlaksanaan tidak sama apa yang dibincangkan. Saya telah beberapa kali menawarkan untuk mengadakan perbincangan secara terbuka. Pelawaan saya dipandang sepi di mana Pengarah LMNS menganggap saya tidak mempunyai apa-apa sama ada dari segi jawatan dan nama. Bagi saya, ia tidak menjejaskan fokus saya. Rangkaian maklumat saya melangkaui sehingga Belanda, Indonesia, United Kingdom, Australia, Singapura dan beberapa buah negara lain. Semuanya saya lakukan dengan usaha saya tanpa memohon mana-mana agensi kerajaan. Saya amat beruntung kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa membantu saya di dalam usaha mengumpul bahan-bahan sejarah berkaitan Negeri Sembilan. Malah tahun 2012, saya telah menerima beberapa jemputan untuk membentangkan kertas kerja di dalam seminar anjuran beberapa IPTA.


Apa jua keadaan, saya sentiasa mendokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh LMNS. Saya akan mempromosikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh LMNS walaupun dengan hanya dimaklumkan secara lisan. Ia adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan aktiviti yang berkaitan sejarah, warisan dan adat tempat kelahiran perlu ditonjolkan walaupun tanpa diminta.


YB Dato’,


Isu integriti bukanlah satu isu yang kecil. Ucapan awal tahun 2013, YAB Perdana Menteri menyentuh mengenai integriti. Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa juga turut menekankan isu integriti di kalangan kakitangan awam. Malah, di dalam Perhimpunan Bulanan SUKNS yang pertama 2013, YAB Menteri Besar amat serius dengan isu integriti. Kakitangan awam merupakan ‘front liner’ kepada kerajaan. Apabila ‘front liner’ tidak mampu menunjukkan contoh yang baik, orang ramai akan melihat keburukan kerajaan secara keseluruhan. Jangan biarkan masalah integriti ini menghantui kerajaan yang sedia ada. Harus diingat, kebiadapan, keegoan, kesombongan dan meninggi diri merupakan penentu arah tuju pucuk pimpinan pasa masa yang akan datang. Orang ramai tidak dapat membezakan apa yang dikatakan “penggubal dasar” dan pelaksana dasar”. Apa sahaja kesilapan yang dilakukan oleh pelaksana dasar, penggubal dasar akan menerima habuannya. Kesilapan yang dilakukan oleh pelaksana dasar akan menyebabkan penggubal dasar menerima hukuman apabila tiba masanya. Janganlah hanya disebabkan agensi kerajaan tidak berintegriti, kita akan berputih mata tanpa menyedari kita telah hilang sesuatu.


Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Dato’ membaca surat saya. Saya bersedia untuk berbincang dengan pihak YB Dato’ atau mana-mana pihak demi untuk memartabatkan dan meningkatkan nilai warisan dan sejarah Negeri Sembilan.


Kerjasama YB Dato’ amat saya hargai.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,




Isnin, 13 Februari 2012

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

Selasa, 31 Januari 2012

Menyegerakan Waktu dan Muhasabah

Al-Waqtu Huwa al-Hayâh Ada sebuah kata hikmah yang singkat namun sarat terhadap makna hidup yang sangat luas dan mendalam, yang terdiri dari 3 (tiga) suku kata arab, namun sangat representative untuk menggambarkan arti pentingnya waktu bagi kehidupan manusia, yaitu ungkapan 'al-waqtu huwa al-hayâh (waktu adalah kehidupan)'. Sekali lagi, yaitu 'waktu adalah kehidupan.' Yang dimaksud dengan kehidupan adalah, waktu yang dilalui manusia saat ia dilahirkan hingga ia wafat.

Dengan definisi kehidupan seperti di atas, maka kita dapat mengambil kesimpulan bahwa, seseorang yang membiarkan waktunya berlalu sia-sia, dan lenyap begitu saja, sama artinya ia –dengan sengaja atau tidak sengaja- telah melenyapkan sisa-sisa masa kehidupannya. Al-Hasan al-Bashri berkata, يَا ابْنَ آدَم، إنَّمَا أنْتَ أيَّامٌ !، فَإذَا ذَهَبَ يَوْمٌ ذَهَبَ بَعْضُكَ “Wahai Bani Adam (manusia), sesungguhnya anda hanyalah “kumpulan hari-hari”, maka jika hari telah berlalu berarti telah berlalu sebagian dirimu.”Sekali bahwa ketika kita menyia-nyiakan dan membuang waktu kita tanpa hal yang berarti untuk agama dan kemaslahatan umat, maka ketika itu juga sesungguhnya kita telah membunuh diri kita sendiri.

Betapa waktu itu sangat berharga dan jangan biarkan ia berlalu begitu saja. Allah Subhanahu wa Ta'ala Bersumpah dengan Waktu dan Bagiannya. Begitu pentingnya waktu bagi kehidupan manusia, sampai-sampai Allah Subhanahu wa Ta'ala bersumpah di banyak tempat dalam al-Qur`an al-Karim, dengan waktu dan bagian-bagiannya, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : وَالْفَجْرِ، وَالضُّحَى، وَاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَالْعَصْرِ Demi waktu fajar, Demi waktu Dhuha, Demi Malam, Demi Siang, Demi Waktu Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, jika ia bersumpah dengan sesuatu, maka dengan sumpahnya itu, dengan sesuatu tersebut dimaksudkan untuk memalingkan atau mengalihkan pandangan kita kepada arti pentingnya hal tersebut sampai kita bertafakkur (berfikir) di dalam setiap bagian waktu seluruhnya, ketika fajar, ketika dhuha, ketika malam, dan ketika siang dll.

Seperti Ulil Albab di dalam firman-Nya : إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لأَيَاتٍ لأُوْلِي اْلأَلْبَابِ. الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ رَبَّنَا مَاخَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سورة آل عمران : 191 Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (QS. 3:190); (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):"Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3:191)

Intropeksi Diri. Maka sudah selazimnya menjadi kewajiban bagi seorang muslim terhadap dirinya untuk melakukan muhâsabah an-nafsi 'intropeksi diri', yaitu menghitung-hitung dirinya atas tahun dan hari-hari yang telah ia lalui. Apa yang telah ia perbuat semasa itu, dan keuntungan apa yang peroleh, kerugian apa yang ia derita. Seperti apa yang dilakukan oleh seorang bisnisman yang menginginkan kesuksesan dengan modalnya pada setiap tahunnya, ia menghitung-hitung kembali perdagangannya, berapa modal yang telah ia keluarkan, berapa pemasukannya, di mana ia mengalami kerugian dan apa masalahnya, dan di mana keuntungannya, berapa besar keuntungannya dari pada kerugiannya, ketika kerugiannya lebih besar dari pada keuntungannya maka ia menjadi sangat menyesal sekali dan mengalami kesedihan yang luar biasa, dan sebaiknya ketika keuntungannya lebih besar dari pada kerugiannya maka ia merasa senang dan bergembira sekali, untuk selanjutnya ia melakukan kalkulasi bisnisnya kembali, memenag dan membuat schedule untuk tahun berikutnya.

Yang demikian itu pada amrun dunyawi (urusan duniawi), begitu ihtimaam (concern)nya dan sangat telitinya ia dalam urusan dunia ini. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلُُ وَاْلأَخِرَةُ خَيْرُُ لِّمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيلاً {77 { سورة النساء: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan anda tidak akan dianiaya sedikitpun.”(QS. An-Nisaa:77) Nabi Musa berkata di dalam al-Qur`an : يَاقَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعُُ وَإِنَّ اْلأَخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ { { سورة المؤمن : 39 “Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara, sesungguhnya akhirat itulah kesenangan yang kekal.” (QS.40 : 39) Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ {{سورة النساء : 78 Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, (QS. 4:78)

Karena itu muhasabatunnafsi merupakan suatu keharusan, seandainya tidak sanggup setiap hari untuk instropeksi/menghitungkan dirinya hendaklah dilakukan pada setiap minggu, maka kalaupun setiap minggu ia masih juga tak dapat melakukannya, maka hendaklah setiap bulan, dan kalau tidak bisa juga maka hendaklah ia melakukan instropeksi diri pada setiap tahun.

Ulama dan Waktu Para salafus soleh meninggalkan banyak pelajaran berharga dalam menghargai waktu. Imam Ibnu Jarir ath-Thabari (223H-310H) sepanjang hidupnya tercatat telah mengumpulkan 358 ribu halaman dari berbagai karangannya. Jika kita perkirakan masa kanak-kanak beliau sebelum baligh 14 tahun, maka dapat disimpulkan beliau menulis 14 halaman setiap harinya. Begitu perhatiannya beliau dengan waktu, sampai-sampai ketika + sejam sebelum kematiannya beliau masih menyempatkan diri menulis suatu do`a yang baru ia dengar dari Ja`far bin Muhammad.

Begitu pula dengan Imam Ibnu al-Qayyim yang tidak rela kehilangan waktunya karena safar (suatu perjalanan), sehingga selama safarnya beliau mengisinya dengan menulis sehingga menghasilkan karya Zaadul Ma`aad.

Imam Nawawi yang tidur dengan bersandarkan sebuah buku yang ditegakkan pada dagunya, begitu buku itu terjatuh maka beliau terjaga dan kembali menggoreskan tintanya. Majduddin Abu al-Barakat `Abdussalam, kakek dari Imam Ibnu Taimiyah, tiap kali masuk ke kakus, beliau memerintahkan anaknya (orang tua Imam Ibnu Taimiyah) untuk membacakan suatu kitab dengan suara keras, hingga terdengar olehnya. Tak aneh jika sikap sang kakek ini tertular kepada cucunya. Suatu ketika Imam Ibnu Taimiyah jatuh sakit, dokter menyarankan agar beliau untuk sementara waktu menghentikan dulu kegiatan belajar mengajarnya karena hal itu dikhawatirkan dapat memperparah kondisinya. Berkata Imam Ibnu Taimiyah kepada dokternya, "bukankah jika jiwa yang bahagia dan gembira dapat memperkuat daya tahan tubuh", sang dokter membenarkannya. "Maka sesungguhnya jiwaku merasa tenang jika berinteraksi dengan ilmu, dan tubuhku terasa kuat dan hanya dengan itu saya dapat beristirahat."

Optimalkan Amal Waktu hidup manusia di dunia adalah umurnya, dan umur manusia merupakan rahasia Allah Subhanahu wa Ta'ala Kualitas umur seseorang sangat menentukan posisinya di alam kehidupan berikutnya. Jika dari waktunya diperuntukkan hanya karena Allah (lillah) maka kematiannya adalah baik baginya. Namun sebaliknya jika waktu dan umurnya dihabiskan untuk menuruti kesenangan nafsu dan dan ambisi syahwat hewaninya maka kematiannya merupakan petaka besar baginya. Al-Hasan al-Bashri berkata, يَا ابْنَ آدَم، إنَّمَا أنْتَ أيَّامٌ !، فَإذَا ذَهَبَ يَوْمٌ ذَهَبَ بَعْضُكَ “Wahai Bani Adam (manusia), sesungguhnya anda hanyalah “kumpulan hari-hari”, maka jika hari telah berlalu berarti telah berlalu sebagian dirimu.” Ibnu Mas`ud Radhiyallahu 'Anhu (salah seorang sahabat besar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam) berkata: مَا نَدِمْتُ عَلَى شَيْءٍ نَدَمِي عَلَى يَوْمٍ غَرَبَتْ شَمْسُهُ، نَقَصَ فِيْهِ أجَلِي، وَلَمْ يَزِد فِيْهِ عَمَلِي "Tidak ada yang lebih aku sesali, kecuali bila matahari telah terbenam maka berkuranglah masa ajalku, namun tidak bertambah sedikitpun amalanku."

Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah, إنَّ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ يَعْمَلاَنِ فِيْكَ، فَاعْمَلْ فِيْهِمَا "Sesungguhnya malam dan siang terus bekerja dalam dirimu, maka bekarjalah di dalam siang dan malammu." Bekerjalah pada siang dan malammu, janganlah mengakhirkan pekerjaan siang untuk dikerjakan di malam harinya, dan janganlah mengakhirkan pekerjaan malam ke siang harinya. Janganlah pekerjaan hari ini di akhirkankan hingga esok harinya dan janganlah pekerjaan esok karena malas diakhirkan hingga lusanya. Jangan katakan, "Nanti akan kuamalkan, sebentar lagi akan kukerjakan." Karena setiap manusia akan ditanya pada hari kiamat, mengenai umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang ilmunya sudahkah ia amalkan, dan tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan untuk apa ia belanjakan ?.

Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa sallam: لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلاَهُ( (رواه الترمذي وقَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ Tidak akan bergeser kedua kaki manusia pada hari Kimat hingga (ia) ditanya tentang: tentang umurnya, untuk apa ia habiskan ? tentang ilmunya, sudahkan ia amalkan ? tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan untuk apa ia belanjakan ? tentang jasadnya, untuk apa ia gunakan ? (HR. At-Tirmidzi)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : وَالْعَصْرِ . إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ . سورة العصر Demi masa. (QS. 103:1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Sungguh terbukti kebenaran ucapan Imam Syafi`i mengenai firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : لَوْ لَمْ يُنْزَلْ غَيْر هَذِهِ السُّوْرَةُ لَكَفَتِ النَّاس Bahwa seandainya (al-Qur`an) tidak diturunkan kecuali (hanya) surat (al-Ashr) ini, maka hal itu sudah cukup memadai bagi manusia sekalian. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan taufik, hidayah dan keberkahan-Nya dalam hidup dan umur kita. Amiin.

Muh. Khairuddin Rendusara Sebilangan daripada Salaf berkata: "Dengan mempelajari satu bab daripada adab (akhlak) lebih disukai di sisiku daripada mempelajari tujuh puluh bab daripada bab-bab ilmu." (Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah). "Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu." (Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Imam Nawawi: "Imam Shafie berkata: Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah Taala maka hendaklah ia berkhalwat, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan orang yang berilmu." (Kitab: al-Majmuk Syarah Muhazzab).

Berkata Habib bin as-Syahid kepada anaknya: "Wahai anakku, berkawanlah engkau dengan fukaha (orang alim), pelajarilah daripada mereka dan ambillah adab-adab yang baik daripada mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu lebih disukai di sisiku daripada banyak mempelajari hadis." (Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Saidina Ali: "Petunjuk sebaik-baik pemimpin, akhlak yang baik sebaik-baik teman, akal merupakan sebaik-baik sahabat dan adab sebaik-baik peninggalan." (Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah). Qanaah Qanaah ialah perasaan cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah. Qanaah mengawal dari sifat tamak, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri manusia...



Sabtu, 10 Disember 2011

Adjust Meter Letrik Rumah supaya Murah

BERBAIK SANGKA


Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Q.S Al-Hujuraat : 6. )

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologi yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar,

Allah berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."  (Surah Al-Hujuraat Ayat 6 ).

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan impak negatif yang semakin banyak.

Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."( Q.S Al-Hujuraat : 12). 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"( HR. Muttafaqun alaihi). 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta."( HR. Bukhari). 

Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

MELETAKKAN AKAL PADA TEMPATNYA


Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman.

Betapa banyak orang yang mendewakan akal. Setiap perkara selalu dia timbang-timbang dengan akal atau logiknya terlebih dahulu. Walaupun sudah ada nash Al Qur’an atau Hadits, namun jika bertentangan dengan logiknya, maka logik lebih dia dahulukan daripada dalil syar’i. Inilah yang biasa terjadi pada ahli kalam. Lalu bagaimanakah meletakkan akal yang sebenarnya? Apakah kita menolak dalil akal begitu saja?  Ataukah kita mesti meletakkannya pada tempatnya?

Sebelum Melangkah Lebih Jauh, Terlebih dahulu yang kita harus pahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu yaitu Al Qur’an dan Hadits itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajiban untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajiban untuk menerima wahyu tadi  secara lahir dan batin.

Allah Ta’ala berfirman,
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12)

Az Zuhri –rahimahullah- mengatakan,
مِنَ اللَّهِ الرِّسَالَةُ ، وَعَلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْبَلاَغُ ، وَعَلَيْنَا التَّسْلِيمُ
“Wahyu berasal dari Allah. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan kepada kita. Sedangkan kita diharuskan untuk pasrah (menerima).” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitabut Tauhid secara mu’allaq yakni tanpa sanad)
Oleh karena itu, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu perkara, maka tidak ada pilihan bagi seorang muslim untuk berpaling kepada selainnya, kepada perkataan ulama A, kyai B, ustadz C atau pun logiknya sendiri, padahal pendapat mereka telah nyata menyelisihi Al Qur’an dan Sunnah (ajaran) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS. Al Ahzab: 36)

Ibnul Qayyim –rahimahullah- mengatakan, “Ayat ini menunjukkan bahwa jika telah ada ketetapan dari Allah dan Rasul-Nya dalam setiap masalah baik dalam permasalahan hukum atau pun berita (seperti permasalahan aqidah), maka seseorang tidak boleh memberikan pilihan selain pada ketetapan Allah dan Rasul-Nya tadi lalu dia berpendapat dengannya. Sikap berpaling kepada ketetapan selain Allah dan Rasul-Nya sama sekali bukanlah sikap seorang mukmin. Dari sini menunjukkan bahwa sikap semacam ini termasuk menafikan (meniadakan) keimananya. ” (Zadul Muhajir-Ar Risalah At Tabukiyah, hal. 25)

Perintah Menyimak dan Merenungkan Al Qur’an dengan Akal;

Ketahuilah bahwa akal adalah syarat agar seseorang boleh memahami sesuatu, sehingga membuat amalan menjadi baik dan sempurna. Oleh kerana itu, akal yang baik saja yang boleh mendapatkan taklif (beban syari’at) sehingga orang gila yang tidak berakal tidak mendapat perintah solat dan puasa. Seseorang yang tidak memiliki akal adalah keadaan yang serba penuh kekurangan. Setiap perkataan yang menyelisihi akal adalah perkataan yang batil. Oleh kerana itu, Allah telah memerintahkan kita untuk memperhatikan dan merenungkan Al Qur’an dengan menggunakan akal semisal dalam beberapa ayat berikut ini,


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an?” (QS. An Nisa’: 82 dan Muhammad: 24)


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?” (QS. Al Baqarah: 44)


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (QS. Al An’am: 32)


أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَدَارُ الْآَخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Maka tidakkah mereka bepergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul) dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya?” (QS. Yusuf: 109)


وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (QS. Al Qashash: 60)

Al Qur’an Menggunakan Dalil Akal (Logik)
Hal ini sebagaimana dapat kita lihat dalam permisalan-permisalan yang digunakan dalam Al Qur’an. Di antaranya firman Allah Ta’ala mengenai penetapan tauhid bahwa Dialah satu-satunya Pencipta,


هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ
“Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah.” (QS. Luqman: 11). Lihatlah dalam ayat ini, Allah menggunakan qiyas atau analogi permisalan untuk menunjukkan adakah sesembahan selain Allah yang dapat mencipta.
Contoh lainnya adalah tentang ayat yang menunjukkan adanya hari berbangkit. Allah misalkan dengan menjelaskan bahwa Dia dapat menghidupkan tanah yang mati. Jika Allah mampu melakukan demikian, tentu Allah dapat pula membangkitkan makhluk-makhluk yang sudah mati. Allah Ta’ala berfirman,


وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ
“Dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (QS. Qaaf: 11)

Penyegeraan Akal dalam Syari’at Islam;

Syari’at Islam memberikan nilai dan penyegeraan yang amat tinggi terhadap akal manusia. Hal itu dapat dilihat pada beberapa point berikut ini.

[Pertama] Allah hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal karena hanya mereka yang dapat memahami agama dan syari’at-Nya.


وَذِكْرَى لأولِي الألْبَابِ
“Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pikiran.” (QS. Shaad: 43)

[Kedua] Akal merupakan syarat yang harus ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban syari’at) dari Allah Ta’ala. Hukum-hukum syari’at tidak berlaku bagi orang yang tidak menerima taklif seperti pada orang gila yang tidak memiliki akal.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِىِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ
“Pena diangkat (dibebaskan) dari tiga golongan: [1] orang yang tidur sampai dia bangun, [2] anak kecil sampai mimpi basah (baligh) dan [3] orang gila sampai ia kembali sadar (berakal).” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

[Ketiga] Allah Ta’ala mencela orang yang tidak menggunakan akalnya, semisal perkataan Allah pada penduduk neraka yang tidak mau menggunakan akal.

[Keempat] Penyebutan begitu banyak proses dan anjuran berfikir dalam Al Qur’an, yaitu untuk tadabbur dan tafakkur, seperti la’allakum tatafakkarun (mudah-mudahan kamu berfikir) atau afalaa ta’qilun (apakah kamu tidak berpikir).
Begitu pula Allah memuji ulul albab (orang-orang yang berakal/berfikir),


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ   الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imron: 190-191)

Akal Tidak Boleh Berdiri Sendiri;

Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadits) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.

Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan,
“Bahkan akal adalah syarat untuk mengilmui sesuatu dan untuk beramal dengan baik dan sempurna. Akal pun akan menyempurnakan ilmu dan amal. Akan tetapi, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Akal boleh berfungsi jika dia memiliki instink dan kekuatan sebagaimana penglihatan mata boleh berfungsi jika ada cahaya. Apabila akal mendapati cahaya iman dan Al Qur’an barulah akal akan seperti mata yang mendapatkan cahaya mentari. Jika bersendirian tanpa cahaya, akal tidak akan boleh melihat atau mengetahui sesuatu.” (Majmu’ Al Fatawa, 3/338-339)

Intinya, akal boleh berjalan dan berfungsi jika ditunjuki oleh dalil syar’i yaitu dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah. Tanpa cahaya ini, akal tidak akan berfungsi sebagaimana mestinya.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.muslim.or.id

BAHAYA MEROKOK


Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wa ta’ala, shalawat dan salam semoga tetap tercurahkan kepada baginda Rasulullah shalallahu ‘alai wasallam, dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.. Amma Ba’du:

Di antara kemaksiatan yang tersebar ditengah masyarakat muslim dan banyak orang yang terjebak padanya adalah perbuatan merokok. Tidak tersembunyi bagi orang yang memahami (maqashid syar’iyah) kemaslahatan yang diinginkan oleh syari’at bahwa merokok adalah perbuatan yang diharamkan, hal itu dilihat dari beberapa segi:

Pertama:

Rokok termasuk barang yang buruk dan Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman:
(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. Al-A’rof: 157)

Tidak diragukan lagi bahwa merokok termasuk keburukan, dan tidak ada yang mengingkari bahayanya kecuali orang yang sombong, atau orang yang mengikuti hawa nafsu, dan banyak orang meminum khamar serta kecanduan dengan ubat-ubat terlarang karena diawali oleh rokok lalu berkembang kepada yang labih bahaya, sekalipun mereka telah diingatkan : bahawa penelitian perubatan menunjukkan 80% dari orang yang kecanduan ubat-ubat terlarang dimulai dari merokok.

Kedua:

 Merokok adalah bentuk menjerumuskan diri pada kehancuran. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“...dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan”.(QS. Al-Baqarah: 195)
Dan Allah subhanahu wa ta’ala berfrman:
Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (QS. Al-Nisa’: 29)

Di dalam As-Shahihaini dari Abi Hurairah RA bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Barangsiapa yang menelan racun lalu dia membunuh dirinya dengan racun tersebut, maka racun itu akan berada pada tangannya yang akan ditelannya di dalam api nerakan Jahannam dia kekal untuk selamanya padanya, dan barangsiapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu di tangannya yang akan memukul perutnya di dalam neraka Jahannam untuk selama-lamanya”.[1]
Di dalam as-shahihaini dari Tsabit Al-Dhahaak bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia maka dia akan disiksa dengannya pada hari kiamat”.[2]
Dan tidak diragukan lagi bahwa apabila orang yang merokok mati disebabkan oleh rokok tersebut maka dia dianggap telah membunuh dirinya dengan kandungan racun yang terdapat di dalam rokok sekalipun proses terbunuhnya tersebut agak lambat, sebab tidak ada perbezaan antara para ulama bahwa orang yang melangkah untuk membunuh dirinya baik dia mati dengan cepat atau lambat, dia tetap berdosa dengan perbuatannya tersebut.

Ketiga:

Merokok dapat mengganggu kesehatan badan. Dan para doktor telah memperingatkan dengan keras terhadap akibat merokok ini, mereka berkata, “Rokok tersebut mengandung beberapa unsur racun, di antaranya adalah racun nikotin, dan seandainya dua tetes racun ini dititiskan pada mulut anjing maka dia pasti mati pada saat yang sama, dan jika dititiskan pada mulut unta sejumlah lima titis maka dia akan mati pada saat yang sama dan seorang doktor pernah berkata, “Sesungguhnya jumlah nikotin yang teradapat pada satu batang rokok sudah cukup untuk membunuh manusia jika dituangkan pada manusia melalui urat leher", dan disebutkan dalam sebuah cerita bahawa dua orang bersaudara saling bertaruh siapakah di antara mereka berdua yang paling banyak merokok, maka salah seorang dari mereka mati sebelum mengisap rokok yang ke tujuh belas dan yang lain sebelum habis mengisap rokok yang ke lapan belas.

Di antara penyakit yang ditimbulkan oleh merokok adalah penyakit kanser. Para doktor berkata, “Sesungguhnya banyak para penderita kanser yang mengidap penyakit ini disebabkan oleh merokok, begitu juga dengan penyakit lever dan saluran alat pernapasan".Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Tidak ada mudharat dan memudharatkan orang lain”.[3]

Keempat:

Mengisap rokok adalah bentuk mensia-siakan harta. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya". (QS. Al-Isro’: 27)

Dan tidak diragukan lagi bahwa perokok adalah orang yang paling pemboros, seandainya kita melihat seseorang yang sedang memegang wang di tangannya lalu dia membakarnya maka kita akan mengatakan bahawa dia gila.
Diriwayatkan oleh Al-Tarmidzi di dalam sunannya dari Abi Barzah Al-Aslami bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Tidak akan melangkah dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia akan ditanya tentang umurnya di manakah dia habiskan, tentang ilmunya apakah yang diperbuat dengannya, tentang hartanya dari manakah dia dapatkan dan kemanakah disalurkan”.[4]

Kelima:

Bahaya merokok tidak hanya terhenti pada pelakunya, bahkan bahayanya boleh menyebar kepada istrinya, anak-anaknya, keluarga dan teman duduknya dan hal itu telah diakui oleh para doktor, bahkan tindakan ini telah membawa pada tercemarnya udara dengan gas beracun yang dipancarkannya, dan telah dijelaskan dalam hadith sebelumnya: "Tidak ada mudharat dan memudharatkan orang lain”.[5]

Keenam:

Merokok akan menimbulkan bau tidak sedap yang bersumber dari mulut, badan dan pakaian perokok, dia akan menganggu teman duduknya, terlebih pada saat memasuki mesjid dan bercampur dengan orang-orang yang solat. Dan Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam telah memerintahkan kepada orang yang menebarkan bau bawang untuk keluar dari mesjid, padahal kedua barang tersebut dihalalkan oleh Allah SWT, lantas sekeras apakah larangannya jika perkara tersebut berkaitan dengan perokok?. Dan Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Barangsiapa yang telah memakan bawang merah dan bawang putih serta bawang bakung maka janganlah dia mendekati mesjid kita, sebab para malaikat merasa terganggu dengan sesuatu yang bisa menganggu anak Adam”.[6]
Di antara perkara yang perlu diingat bahwa harus memboikot semua premis-premis yang menjajakan racun kepada manusia, dan sebaliknya mendukung premis-premis yang tidak menjual rokok, dan inilah bentuk kerja sama dalam urusan kebaikan dan taqwa.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa -Nya". (QS. Al-Maidah: 2)

Sebagian orang terkadang berkata: Aku tidak boleh meninggalkan rokok, maka dikatakan kepadanya: Anda mampu meninggalkan rokok pada bulan ramadhan lebih dari sepuluh jam, maka masaalahnya adalah memerlukan tekad dan keinginan yang kuat, banyak orang yang telah mencubanya dan merasa bosan pada saat pertama, namun karena Allah subhanahu wa ta’ala telah mengetahui kebaikan niatnya maka Dia membantunya dan akhirnya meninggalkan tabiat merokok.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik".  (QS. Al- Ankabut: 69)

Terdapat banyak klinik untuk menangani kecanduan merokok, yang dikelolakan oleh orang-orang profesional, dan Allah subhanahu wa ta’ala memberikan manfaat dengan keberadaanya sebab banyak para pecandu rokok meninggalkan rokok setelah mereka mendatangi poliklinik ini dan berubat dengan semestinya.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abi Qatadah dan Abi Dahma’ bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alai wasallam bersabda, “Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Dia akan menggantikan bagimu dengan sesuatu yang lebih baik darinya”.[7]

Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta’ala Tuhan semesta alam, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad shalallahu ‘alai wasallam dan kepada keluarga, shahabat serta seluruh pengikut beliau.
Dr. Amin bin Abdullah asy-Syaqawi
[1] Al-Bukhari no: 5778 dan Muslim: no: 109
[2] Al-Bukhari no: 6105 dan Muslim: no: 110
[3] Musnad Imam Ahamad: 1/313
[4] Al-Turmudzi dalam sunannya: 4/612 no: 2426
[5] Musnad Imam Ahamd: 1/313
[6] Shahih Muslim: no: 564 dan shahih Bukhari: no: 854
[7] Musnad Imam Ahmad dan sanadnya shahih dengan syarat Muslim: 1/62

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibua...