Selasa, 11 Julai 2017

Puasa dapat mencegah Barah- Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi


Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai“autophagy“.

Penemuan itu yang dinamakan “mechanism for autophagy”, adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia.

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.
Bagaimana barah boleh berlaku?

Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.
Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.


Autophagy vs Apoptosis

Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu “apoptosis” yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah.

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.


Apa kaintan proses autophagy dan berpuasa?

Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!

Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang “barang lama”, ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan “barang baru”. Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.Islam mewajibkan puasa

Sebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.

Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.

Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan “servis”, iaitu dengan berpuasa.

Jika bagi anda yang belum pernah mencuba berouasa, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa. Lihat apa kesannya pada diri anda.
Semoga Bermenafaat
sumber
1.Diet Doctor
2.Gurdian

Sabtu, 24 Disember 2016

NASIHAT vs GOYANG KAKI


Rasulullah SAW mengingatkan umatnya dengan sabda Baginda SAW :-
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ . [رواه البخاري ومسلم
Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daari radhiallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Agama adalah nasihat , kami berkata : Kepada siapa ? beliau bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya ). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Faedah :
1. Agama Islam berdiri tegak diatas jalan dan upaya saling menasihati, maka haruslah selalu saling menasihati diantara masing-masing individu muslim.
2. Nasihat wajib dilakukan sesuai dengan kemampuannya . Maka jangan sesekali kita memperkecilkan seseorang yang sedang memberi nasihat & menyampaikan penyelesaian yang agama membuka jalan kepadanya. Bahkan fitnah seperti tuduhan bersekongkol, bermesra dan sebagainya merupakan tuduhan fitnah yang menutup jalan keluasan nasihat dalam agama.
Ingatlah pesanan Allah Taala :-
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
َ"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung" ( Ali 'Imran ayat 104 )
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتابِ لَكانَ خَيْراً لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik
Wahai abnaul harakah, jangan sekadar semangat membara namun akhlak lesu dan wajah agama menjadi suram. Gerakkan Islam dengan sepenuh daya dan letakkan akhlak dalam langkah membina. Semoga Allah jadikan kita penggerak agama yang memberi nasihat dan bukannya tokoh yang hanya bergoyang kaki menunggu kemenangan Islam.
"Istiqamah Sehingga Kemenangan"

PENA HARAKI Siri 26 : 24 DISEMBER 2016

Khamis, 7 Julai 2016

TARBIAH DAN PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI




Kalimah Rabbani digunakan oleh Syeikh Said Hawa dalam satu risalah kecilnya “إحياء الربانية” (Menghidup kembali generasi Rabbani)[1] bagi menggambarkan generasi yang akan menyelamatkan Islam pada masa kini. Beliau berpandangan, hanya generasi Rabbani yang mampu diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di zaman moden ini setelah sekian lama ia mengalami keruntuhan.

Siapakah generasi Rabbani ?

Kalimah Rabbani( الرباني ) bersandar kepada kalimah Rabb ( الرب) yang bermaksud Tuhan. Rabbani dapat dimaknakan dalam bahasa Melayu dengan “Ketuhanan”. Generasi Rabbani dari segi maknanya bermaksud generasi Ketuhanan.

Secara lebih nyata; generasi Rabbani ialah generasi yang menyandarkan diri mereka kepada Tuhan di mana mereka hidup untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan Allah, mencari kerdhaanNya semata-mata, mereka menjalani kehidupan di atas manhaj Allah (yakni Islam) dan mereka bermati-matian memperjuangkan manhaj tersebut dengan mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka sama ada harta, tenaga dan jiwa raga mereka.

Generasi rabbani adalah generasi muslim sejati. Mereka bukan sekadar beramal dengan Islam tetapi juga bekerja untuk menegakkan Islam (yakni menjadi Amilin Islam). Mereka tidak hanya menjadi penyokong kepada Harakah Islam, tetapi juga adalah pendokong dan tunggaknya. Contoh unggul bagi generasi Rabbani ini ialah para sahabat yang dididik dan ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w..

Ciri-ciri golongan Rabbani

Golongan Rabbani (ketuhanan) di dalam al-Quran diungkapkan Allah tentang mereka dengan memakai beberapa istilah antaranya; al-Mukminun[2], al-Muttaqun[3], al-Muflihun[4], Hizbullah[5], Ansarullah[6], ‘Ibadur Rahman[7], Orang-orang yang bersama Muhammad[8] dan sebagainya.

Antara ciri-ciri mereka -sebagaimana yang dibentangkan Allah di dalam al-Quran- ialah;
1. Beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lainnya.
2. Mendirikan Solat dan menjaganya.
3. Membayar zakat dan bersedekah.
4. Yakin dan beramal dengan al-Quran.
5. Nenjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia.
6. Menjaga kehormatan dirinya (dari zina dan sebagainya).
7. Menjaga amanah dan janjinya.
8. Berjalan di muka bumi dengan sopan santun (yakni tidak angkuh dan bongkak).
9. Tekun mengerjakan ibadah di malam hari.
10. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan azabnya.
11. Bersederhana dalam membelanja harta (tidak boros dan tidak bakhil).
12. Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
13. Tidak membunuh tanpa hak.
14. Tidak menghadiri tempat-tempat maksiat.
15. Memberi perhatian kepada peringatan Allah.
16. Berdoa kepada Allah agar dikurniakan pasangan dan anak yang baik dan menjadi ikutan kepada orang bertakwa.
17. Dicintai Allah dan menyintai Allah.
18. Bersifat lemah-lembut (kasih sayang) kepada orang beriman.
19. Bersikap tegas kepada musuh Islam.
20. Berjihad di jalan Allah tanpa takut celaan sesiapapun.
21. Memberi wala’ sepenuhnya kepada Allah, Rasul dan kepimpinan orang beriman.
22. Sabar dalam berhadapan dengan segala kesukaran dalam mentaati Allah.
23. Al-Musabarah (meningkatkan ketahanan dalam menghadapi musuh).
24. Ar-Ribath (Sentiasa berjaga-jaga dan bersiap-sedia menghadapi musuh).

Apa yang kita kemukakan di atas hanya sebahagian sahaja dari ciri-ciri golongan Rabbani yang terdapat di adalam al-Quran. Pengemukaan di atas hanya suatu tasawwur awal. Untuk pengukuhannya, adalah dicadangkan supaya diadakan suatu pengisian yang khusus berkenaan dengannya.

Menurut Syeikh Said Hawa, seseorang insan muslim hari ini tidak akan berjaya untuk menjadi seorang insan Rabbani kecuali dengan memiliki empat perkara;

Kemantapan dari sudut ilmu tentang Islam.
Kematangan dari sudut ronani.
Penghayatan dari sudut akhlak Islam.
Mempunyai kefahaman harakah dan organisasi yang bertepatan dengan tuntutan amal Islami semasa.

Peranan Tarbiyah

Generasi Rabbani dengan pengertian dan ciri-ciri yang dikemukakan di atas tidak akan lahir tanpa dilakukan usaha-usaha ke arahnya. Di sinilah letaknya peranan tarbiyah. Perlaksanaan tarbiyah yang berkesan amat diperlukan untuk melahirkan insan rabbani yang mantap ilmu, rohani dan akhlaknya serta faham tuntutan harakah dan dakwah.

Apa yang dikatakan tarbiyah?

Tarbiyah adalah suatu kalimah yang bermaksud memelihara, mengasuh, mendidik dan mengajar. Dengan itu, kalimah tarbiyah lebih luas pengertiannya dari kalimah ta’lim (yang bermaksud pengajaran atau penyampaian ilmu). Ta’lim hanya menekankan pertumbuhan dari aspek aqli manusia sahaja. Akan tetapi tarbiyah menekankan seluruh aspek pertumbuhan manusia; aqalnya, rohaninya, akhlaknya, perasaannya, semangat jihadnya, fizikalnya dan sebagainya.

Oleh itu, seorang murabbi tugasnya bukan sekadar menyampaikan ilmu -sebagaimana seorang mu’allim atau guru- tetapi mentarbiyah atau dalam erti kata lain memberi perhatian bersungguh kepada orang-orang yang ditarbiyahnya sehingga tercapai sasaran yang dikehendaki. Dalam konteks perbicaraan kita dalam kertas ini, sasaran tarbiyah ialah membentuk insan Rabbani.

Penyusunan Tarbiyah Islamiyah masa kini

Penyusunan tarbiyah Islamiyah masa kini -bagi mencapai insan Rabbani- hendaklah merangkumi dua aspek utama iaitu;
1. Pembinaan diri (Tarbiyah Rohaniyah, Aqliyah dan Jasadiyah).
2. Penglibatan dengan Harakah (Tarbiyah Harakiyah).

Perlaksanaan terhadap dua aspek di atas seboleh-bolehnya dilaksanakan secara beriringan mengikut tahap-tahap keahlian yang ada dalam jama’ah. Perlaksanaan juga hendaklah merangkumi teori dan praktikal atau ilmu dan amali kerana inilah corak pentarbiyahan yang telah diamalkan oleh Rasulullah terhadap para sahabat.

Tarbiyah untuk pembinaan diri

Tarbiyah pembinaan diri yang berjaya hendaklah merangkumi semua unsur dalam diri manusia; Qalb, roh, aqal, nafs dan jasad. Oleh itu, program tarbiyah hendaklah merangkumi;

1. Program untuk mengislahkan qalb dan meningkatkan ruhani.

Iaitu dengan melaksanakan ibadah dan zikir seperti; Menjaga solat lima waktu, solat-solat sunat, Qiyamullail, membaca al-Quran, berzikir (tahlil, tahmid, istighfar dan sebagainya), pembacaan maksurat pagi dan petang dan sebagainya.

2. Program peningkatan ilmu atau aqli

Iaitu dengan mengadakan program untuk menambah ilmu agama dan duniawi dengan mengadakan majlis-majlis ilmu, melalui usrah, perbincangan, pembacaan dan sebagainya. Di samping itu dalam al-Quran, Allah menggalakkan manusia supaya merenung, berfikir serta mengkaji bertujuan untuk meningkatkan ketajaman minda dan aqal.

3. Program untuk membina ketahanan jasad

Iaitu dengan melakukan riadah jasadiyah. Dalam satu hadis, Rasulullah menyatakan bahawa; “Seorang mukmin yang kuat tubuh-badannya lebih baik di sisi Allah dari mukmin yang lemah”. Rasulullah juga menggalakkan para sahabat berlatih menunggang kuda, memanah, bergusti, berenang dan sebagainya. Imam Hasan al-Banna pernah berpesan dalam satu pesanannya kepada ahli Ikhwan agar mereka menjaga kesihatan mereka.

4. Membendung nafsu

Nafsu manusia jika tidak dibendung akan memudaratkan diri, menjerumuskan diri ke lembah maksiat. Oleh itu, amat perlu nafsu ini dilatih dengan puasa, mengurangkan makan, mengelak dari bergelak ketawa/bergurau berlebih-lebihan, menahan pandangan dan sebagainya. Untuk menyempurnakan pentarbiyahan terhadapan nafs ini, amat baik jika kita dapat mendalami ilmu tasauf.

Tarbiyah penghayatan Harakah (Tarbiyah Harakiyah)

Tarbiyah ini menjurus kepada membina seorang muslim yang memahami kewajipan berharakah dan sanggup bergerak aktif dalam harakah. Lebih jelas, tarbiyah ini merangkumi;
1. Faham apa itu harakah Islamiyah, ciri-cirinya, peranan-peranannya dan juga cara pergerakannya khususnya di zaman ini.
2. Memahami tanggungjawab sebagai ahli Harakah.
3. Memahami peranan Qiyadah dalam Harakah apabila ditugaskan memimpin Harakah.
4. Berkomitmen sepenuhnya dengan Harakah dan program-program Harakah.
5. Memberi wala’ (kepatuhan) kepada pemimpin Harakah.
6. Sanggup berjihad dan berkorban bagi melaksanakan cita-cita harakah.
7. Memahami adab-adab Jama’ah seperti mematuhi keputusan syura, beradap dalam memberi teguran kepada pemimpin, menghormati kepimpinan dan keputusan mereka, dapat menerima teguran dan kritikan dan sebagainya.

Imam Hasan Al-Banna dalam Risalah At-Ta’alim (Peraturan dan Arahan kepada Amilin Ikhwan) telah menggariskan 10 sifat yang mesti dilazimi oleh para Amilin dalam jama’ah Ikhwan iaitu; Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Taat, Tsabat, Tajarrud, Ukhuwwah dan Tsiqah.

Penutup

Program tarbiyah yang berkesan ialah yang istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh walaupun sederhana. Keutamaan hendaklah diberikan kepada perlaksaan perkara-perkara yang diwajibkan Syara’, kemudiannya barulah pergi kepada yang sunat. Demi keberkesanan tarbiyah, ahli-ahli jama’ah hendaklah rela untuk menerima taklif Ibadah atau amali yang diberikan oleh kepimpinan walaupun ia adalah sunat atau harus di sisi Syara’. Pada masa yang sama, kepimpinan jamaah juga hendaklah sentiasa mengambil kira kemampuan ahli jamaah untuk menerima taklif yang diberikan mengikut tahap-tahap masing-masing.

Hendaklah diingat bahawa keberkesanan tarbiyah dalam jamaah bukan sahaja bergantung kepada program yang diatur, tetapi juga kepada kesedaran ahli. Ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan tarbiyah dan sentiasa bersedia untuk ditarbiyahkan oleh jama’ah.

(Ditulis pada; 25 Mei 2001)

Nota kaki;

[1] Risalah ini terkandung dalam buku beliau “كي لا نمضي بعيدا عن احتياجاتنا العصر” (Agar kita tidak lari jauh dari kehendak-kehendak semasa di zaman kita), ter. Dar as-Salam, Kaherah.
[2] Rujuk surah al-Mukminun ayat 1-11.
[3] Rujuk surah al-Baqarah 1-5.
[4] Antara ciri-ciri al-Muflihun ialah dalam surah Ali Imran ayat 200.
[5] Rujuk surah al-Maidah ayat 54 hingga 56.
[6] Rujuk surah as-Saff ayat 14.
[7] Rujuk surah al-Furqan ayat 63-76.
[8] Rujuk surah al-Fath ayat 29.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:26 AM

Sabtu, 5 Julai 2014

Hidup setelah mati di Padang Mahsyar


Kata ustaz, mahsyar ni punya lah lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bile malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.Allah berfirman:["(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan"]rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.Allah berfirman:["Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja"]. rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi,kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh,Musa,Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa atas keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga.

Kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite dengan disaksikan semua manusia. Tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin..

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali... Terdapat dua jenis manusia 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.. 2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan. ‪#‎ambil‬ lah ikhtibar... sebarkn lah ilmu ni walaupun sedikit !

FB Roslin Ahmad

Rabu, 18 Jun 2014

Kisah Senda Gurau Rasulullah SAW Dengan Tiga Wanita



Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ bergaul dengan semua orang. Baginda sentiasa menerima hamba, orang buta, orang miskin dan kanak-kanak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka dan bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Rasulullah ﷺ tidak berkata kecuali hanya yang betul dan benar sahaja. Mari kita ikuti kisah senda gurau Rasulullah ﷺdengan tiga wanita berikut:


1. Kisah Wanita Dengan Anak Unta

Pada suatu hari, ada seorang wanita ingin menaiki untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar hendak menaikinya. Dia cuba juga untuk naik ke atas badan untanya dengan segala usaha tetapi masih tidak berjaya juga.

Kemudian wanita itu datang kepada baginda lalu berkata, “Ya Rasulullah! Bantulah aku naik ke atas badan unta ini.”

“Aku akan naikkan kamu ke atas anak unta”, kata Rasulullah ﷺ.

“Ia tidak mampu.”, kata wanita itu.

“Tidak! Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.” tegas Rasulullah ﷺ.

“Ia tidak akan mampu.” ulang wanita itu lagi.

Para sahabat yang berada di situ berkata, “Bukankah unta itu juga anak unta?”

2. Kisah Wanita Dengan Mata Putih

Dalam suatu peristiwa yang lain, datang seorang wanita kepada Rasulullah ﷺ. Dia memberitahu Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah! Suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu.”


Baginda lalu bertanya: “Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu?”


Wanita itu menjawab: “Demi Allah! Mata suami saya tidak ada putih-putih.”

Kemudian baginda berkata lagi: “Bahkan di matanya ada putih-putih.”

Wanita itu tetap menolak dengan berkata: “Demi Allah! Tidak.”

“Semoga suamimu yang dalam matanya putih.” kata Rasulullah ﷺ.

Wanita itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “Kenapa kamu ini?”

“Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan.

“Bukankah semua mata ada warna putih?”kata suaminya.

Sebenarnya Rasulullah ﷺbergurau dan apa yang dimaksudkan oleh Baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

3. Kisah Wanita Dengan Orang Tua Tak Masuk Syurga

Diriwayatkan juga bahawa seorang wanita tua telah menghampiri Rasulullah ﷺ. Dan wanita tersebut telah berkata kepada Baginda ﷺ, “Ya Rasulullah! Doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga.”

“Wahai ummi fulan! Syurga tidak dimasuki oleh orang tua.” tegas Rasulullah ﷺmemberitahu.

Lalu perempuan tua itu pun menangis.

Rasulullah ﷺpun menjelaskan, “Tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾ عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ ﴿٣٨﴾

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”(Surah Al-Waqiah; Ayat 35 – 38).

Penutup

Ketiga-tiga wanita dalam kisah di atas, pada mulanya kebingungan tetapi selepas mengamati kata-kata para sahabat itu, baharulah mereka tahu maksud kata-kata Nabi Muhammad ﷺdan memahami bahawa Rasulullah ﷺhanya hendak bergurau dengan mereka. Ini menyebabkan ketiga-tiga perempuan tersebut tersenyum dan menggembirakan hati mereka.

والله أعلم بالصواب.

by Shafi-Q



.





Sabtu, 14 Jun 2014

Penukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram.




Pada peringkat awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam selepas Rasulullah ﷺ dan para sahabat sampai ke Madinah. Mereka berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait Al-Maqdis). Pertukaran kiblat ini telah menjadi satu kontraversi dan isu besar di Madinah pada waktu itu.

Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah ﷺ. Kaum Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap ke Baitul Muqaddis.

Lalu Allah سبحانه وتعالى turunkan ayat 142 dari Surah al-Baqarah:

سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ

“Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya.”Katakanlah: “Kepunyaan Allah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”

Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram

Dalam Tafsir ath-Thabariy dijelaskan bahawa ketika Rasulullah ﷺ. berhijrah ke Madinah, sementara kebanyakan penduduknya adalah Yahudi, maka Allah سبحانه وتعالى telah memerintah Baginda ﷺ menghadap Baitul Muqaddis (sebagai kiblat).

Orang-orang Yahudi merasa gembira kerana Baitul Muqaddis merupakan kiblat mereka. Selama berkiblat ke Baitul Muqaddis ini orang-orang Yahudi selalu mencaci maki Rasulullah ﷺ. Mereka berkata: “Muhammad menyanggah agama kita tetapi berkiblat kepada kiblat kita!” Dan masih banyak lagi kutukan dan pelekehan mereka yang lain.

Umat Islam telah diduga dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah ﷺ dan Baginda ﷺ menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah سبحانه وتعالى.

Sikap orang-orang Yahudi tersebut membuat Nabi Muhammad ﷺ tidak senang, dan setiap hari Baginda ﷺ berdoa menengadahkan wajah mulianya ke langit dalam keadaan rindu agar Allah سبحانه وتعالى menurunkan wahyu dipindahkan kiblat.

Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu dan Allah سبحانه وتعالى telah mewahyukan agar Baginda ﷺ mengadap ke Baitullah Kaabah.

Kebenaran daripada Allah سبحانه وتعالى untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah ﷺ yang dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Ini kerana Rasulullah ﷺ sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah.

Permintaan Rasulullah ﷺ tersebut telah diperkenankan oleh Allah سبحانه وتعالى pada bulan Syaaban dengan turunnya ayat 144 dari surah Al-Baqarah yang mengandungi perintah untuk berpindah daripada menghadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ


“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

.

Abu Hatim al Busti berkata: “Kaum Muslimin solat menghadap Baitul Muqaddis selama 17 bulan 3 hari. Iaitu bermula sejak hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun pertama Hijrah sehingga hari Selasa 15 Syaaban tahun ke-2 Hijrah.”

Solat yang pertama kali dilakukan pasca perpindahan kiblat tersebut adalah solat Asar di Masjid Quba’. Rasulullah ﷺ sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa Baginda ﷺ mengimamkan solat. Sebahagiannya mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada pula yang meriwayatkan pada solat Isyak.

Kisah Dari Riwayat Lain

Dalam hikayat lain dikatakan bahawa pada malam 15 Sya’ban (Nishfu Sya’ban) telah berlaku suatu peristiwa penting dalam sejarah perjuangan umat Islam yang tidak boleh kita lupakan sepanjang masa.

Di antaranya adalah perintah memindahkan kiblat solat dari Baitul Muqaddis yang berada di Palestin ke Kaabah yang berada di Masjidil Haram, Makkah pada tahun ke-8 Hijriyah. Sebagaimana kita ketahui, sebelum Nabi Muhammad ﷺ berhijrah ke Madinah yang menjadi kiblat solat adalah Kaabah. Kemudian setelah Baginda ﷺ hijrah ke Kota Madinah, Baginda ﷺ memindahkan kiblat solat dari Kaabah ke Baitul Muqaddis yang digunakan orang Yahudi dengan izin Allah سبحانه وتعالى untuk kiblat solat mereka.

Perpindahan tersebut dimaksudkan untuk menjinakkan hati orang-orang Yahudi dan untuk menarik mereka kepada syariat al-Quran dan agama yang baru iaitu Agama Tauhid (Islam). Tetapi setelah Rasulullah ﷺ menghadap Baitul Muqaddis selama 16-17 bulan, ternyata harapan Rasulullah ﷺ tidak dipenuhi.

Orang-orang Yahudi di Madinah berpaling dari ajakan baginda, bahkan mereka merintangi Islamisasi yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ. dan mereka telah bersepakat untuk menyakitinya.

Mereka menentang Nabi Muhammad ﷺ dan tetap berada pada kesesatan. Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ berulang kali berdoa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dibenarkan pindah kiblat solat dari Baitul Muqaddis ke Kaabah lagi selepas Baginda ﷺ mendengar ejekan orang-orang Yahudi yang mengatakan: “Muhammad menyalahi agama kita namun mengikuti kiblat kita. Apakah yang memalingkan Muhammad dan para pengikutnya dari kiblat (Kaabah) yang selama ini mereka gunakan?”

Ejekan mereka itu dijawab oleh Allah سبحانه وتعالى melalui wahyuNya dalam ayat 142 – 143, Surah Al-Baqarah :

سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَاۚ قُل لِّلَّـهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُۚ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٤٢﴾ وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٤٣﴾


“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke mana sahaja kita diarahkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) juga akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk Kami mengetahui tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul (serta membenarkannya) dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Surah al-Baqarah, ayat 142 – 143)

Dan pada akhirnya Allah سبحانه وتعالى memperkenankan Rasulullah ﷺ memindahkan kiblat solat dari Baitul Muqaddis ke Kaabah sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى dalam surah al-Baqarah, ayat 144 :

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

.والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.
shafiqolbu

Ahad, 9 Februari 2014

Nasehat Akhlak dari Lukman pada Anaknya

Di zaman ini, di zaman serba canggih, anak-anak lebih dikenalkan pada teknologi. Namun kesadaran akan bagusnya akhlak dan budi pekerti masih sangat kurang. Padahal akhlak inilah yang seharusnya jadi perhatian. Cobalah kita ambil pelajaran dari nasehat Lukman pada anaknya, yang mengajarkan akhlak-akhlak yang luhur.
Nasehat pertama: Jauhilah syirik

Allah Ta’ala berfirman,

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.” (QS. Lukman: 13).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Lukman menasehati anaknya yang tentu amat ia sayangi, yaitu dengan nasehat yang amat mulia. Ia awali pertama kali dengan nasehat untuk beribadah kepada Allah semata dan tidak berbuat syirik kepada Allah dengan sesuatu apa pun.”

Dalam hadits Bukhari, dari Qutaibah, dari Jarir, dari Al A’masy, dari Ibrahim, dari ‘Alqomah, dari ‘Abdullah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyebutkan ayat,

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman” (QS. Al An’am: 82).

Ketika disebutkan ayat ini, para sahabat pun menjadi khawatir. Mereka berkata,

أينا لم يَلْبس إيمانه بظلم؟

“(Wahai Rasul), siapakah yang tidak mencampurkan keimanannya dengan kesyirikan?”

Lantas Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“إنه ليس بذاك، ألا (3) تسمع إلى قول لقمان: { يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ } .

“Itu bukanlah kezholiman seperti yang kalian sangkakan. Tidakkah kalian pernah mendengar nasehat Lukman pada anaknya, “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (HR. Bukhari no. 3360)
Nasehat kedua: Berbaktilah pada orang tua

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (QS. Lukman: 14).

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS. Lukman: 15).

Nasehat kedua ini banyak dilupakan oleh anak-anak saat ini. Banyak yang sering menyusahkan orang tua, membuat orang tua sedih dan menangis. Namun tentu saja ketaatan pada orang tua hanyalah dalam perkara kebaikan dan mubah. Jika mereka memaksa untuk berbuat syirik dan maksiat lainnya, tentu tidak boleh ditaati.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Jika kedua orang tua memaksamu agar mengikuti keyakinan keduanya, maka janganlah engkau terima. Namun hal ini tidaklah menghalangi engkau untuk berbuat baik kepada keduanya di dunia secara ma’ruf (dengan baik)” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 11: 54).
Nasehat ketiga: Setiap dosa dan kejelekan akan dibalas oleh Allah

Nasehat ini mengajarkan agar setiap orang mengetahui bahaya jika berbuat dosa. Dan setiap muslim harus yakin bahwa Allah Maha Melihat dan Mengetahui, serta Allah akan membalasnya. Lukman menasehati,

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

“(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui” (QS. Luqman: 16).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Ini adalah wasiat yang amat berharga yang Allah ceritakan tentang Lukman Al Hakim supaya setiap orang bisa mencontohnya … Kezholiman dan dosa apa pun walau seberat biji sawi, pasti Allah akan mendatangkan balasannya pada hari kiamat ketika setiap amalan ditimbang. Jika amalan tersebut baik, maka balasan yang diperoleh pun baik. Jika jelek, maka balasan yang diperoleh pun jelek” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 11: 55).
Nasehat keempat: Dirikanlah shalat, beramar ma’ruf nahi mungkar dan bersabar terhadap setiap cobaan

Allah Ta’ala berfirman,

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)” (QS. Lukman: 17).

Ayat ini menerangkan mengenai urgensi shalat, pentingnya amar ma’ruf nahi mungkar dan perintah untuk bersabar terhadap gangguan atau musibah. Asy Syaukani rahimahullah menjelaskan mengapa sampai tiga ibadah ini yang menjadi wasiat untuk anaknya. Yaitu karena tiga ibadah ini adalah induknya ibadah dan landasan seluruh kebaikan. Karena di akhir ayat ini disebutkan, Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) (Lihat Fathul Qodir, 5: 489).
Nasehat kelima: Ajaran adab ketika berbicara

Akhlak mulia lainnya disebutkan dalam ayat selanjutnya,

Allah Ta’ala berfirman,

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Lukman: 18).

Ayat ini mengajarkan akhlak yang mulia yaitu bagaimana seorang muslim sebaiknya bersikap ketika berbicara, di manakah pandangan wajahnya. Dalam ayat ini diajarkan agar seorang muslim tidak bersikap sombong. Inilah yang dinasehatkan Lukman pada anaknya.
Nasehat keenam: Bersikap tawadhu’ (rendah diri)

Satu akhlak mulia lagi diajarkan oleh Lukman kepada anaknya ketika ia memberi wasiat padanya yaitu sikap tawadhu’ dan bagaimana beradab di hadapan manusia. Di antara yang dinasehatkan Lukman Al Hakim adalah mengenai adab berbicara, yaitu janganlah berbicara keras seperti keledai.

Allah Ta’ala berfirman,

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” (QS. Lukman: 19).

Semoga nasehat berharga dari Lukman, seorang yang sholeh pada anaknya bermanfaat bagi orang tua dan anak. Hanya Allah yang memberi taufik. (Panggang, Gunungkidul, 8 Rabi’uts Tsani 1435 H)



Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel Muslim.Or.Id

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibua...